Friday, October 23, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER


WAHAI SAHABATKU, SETELAH ENGKAU BERUSAHA LETAKKANLAH TAWAKAL ITU DI TEMPAT TERTINGGI DALAM HATIMU.


YAKINLAH DENGAN PERTOLONGAN ALLAH, BERGANTUNG HARAPLAH PADA-NYA, KERANA DIA YANG MAHA BERKUASA.

MESKI USAHAMU SETINGGI GUNUNG MAHUPUN SELUAS LAUTAN NAMUN SEDARILAH HAKIKAT KEJADIANMU YANG LEMAH ITU.

JIKA USAHAMU TIDAK DIKAU SERTAI DENGAN TAWAKAL MAKA APABILA DIRIMU JATUH MENJUNAM PASTI AMAT PERIT SAKITNYA.

TAPI APABILA TAWAKAL ITU TELAH ENGKAU SEMAT DI DALAM HATIMU, ITU MENUNJUKKAN KAU BERSEDIA MENERIMA APAPUN DARI TUHANMU KERANA KAU TAHU ITULAH YANG TERBAIK UNTUKMU.

BITTAUFIK WANNAJAH

Sunday, October 18, 2009

Hari Ikatan Kasih

Assalamualaikum wmt wbt

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya milik Allah S.W.T.dalam kita tidak sedar, kita sudah berada dlm minggu study week sebelum final exam bermula..dan program utama JKSK pada tiap2 akhir semester adalah HIK singkatan bagi Hari Ikatan Kasih..HIK kali ini memberi sedikit kelainan dari prgram HIK sebelumnya dimana HIK kali ni kita akan adakannya di Hutan Rekreasi UTM dgn berkonsepkan BBQ..haa bukan senang kita nak turun sama2 buat BBQ ni..oleh itu, tiap ahli JKSK pastikan anda melapangkan masa pada malam esok ya..kita akan mula merewang bersama dari pagi hingga ke malam..kepada AJK yg terlibat, kami sangat2 menghargai pengorbanan anda pada minggu study week ini, dan kepada yg bukan AJK raikan majlis ini, dan raikanlah pengorbanan sahabat2 kita..ok, selamat mengulangkaji dan selamat menduduki final exam..

Thursday, October 1, 2009

Usrah Kubro JKSK kali ke-3


Assalamualaikum..

Salam Aidilfitri..Insyaallah, pada hari Ahad ini (04/10/09) akan di adakan Usrah Kubro JKSK kali ke 3...berikut adalah maklumat majlis.

Hari: Ahad (04/10/09)
Tempat: Dewan Seminar KRP
Masa: 1.45p.m-4.00p.m
Penceramah: Ustaz Rizal IPTAF
Tajuk: Muhasabah Mukhayyam.

Di harapkan semua ahli JKSK dapat menghadiri majlis ilmu ini. Dengan kata lain, taman syurga ;)

Monday, September 28, 2009

Diskusi Iman

Sunday, August 30, 2009

Usrah Kubra JKSK

Assalamu'alaikum wmt wbt

Alhamdulillah kita masih lagi diberi nikmat iman dan Islam di bulan yg penuh barakah ini...Ramadhan datang sebagai hadiah dari Allah buat hambaNya yang menginginkan perubahan dalam hidupnya. Sejujurnya kita sering berasa terkilan pada diri sendiri apabila bercakap mengenai perubahan. kita sering berada di takuk lama dan copy and paste pencapaian semalam utk hari-hari mendatang di sepanjang laluan hidup. kita seperti tidak punya api utk mencipta perubahan bermakna. Rasulullah telah menunjukkan penanda aras tinggi dalam soal perubahan apabila memberitahu:


" sesiapa yang hari ini lebih baik dari hari semalam dia orang yang untung. sesiapa hari ini sama sahaja dengan semalam dia orang yang rugi. sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia orang yang zalim"

ertinya, perubahan perlu pada setiap 24 jam. hari semalam yang telah ditinggalkan dgn bekas yg samar perlu menjadi pemacu kecemerlangan hari ini. cuba kita bayangkan beberapa peningkatan yang berjaya dilakukan sejak 365 hari yang sudah. alangkah hebatnya tahun ini.

di extract dari: Majalah Anis


Insyaallah, JKSK akan mengadakan Usrah Kubra untuk kali yang ke-2 utk semester kali ini. berikut butiran majlis:

Tarikh: 31 Ogos 2009 (ISnin)
Tempat: Bilik al-Biruni, Pusat Islam UTM
Masa: 5.00 petang
Tajuk: Ciri-ciri Islam

Moga majlis ilmu ini mendatangkan manfaat dan keberkatan buat kita. Insyaallah..
Wasalam

Tuesday, August 25, 2009

Iftar MSI


Assalamu'alaikum wmt. wbt

Alhamdulillah, insyaallah kita diberi peluang untuk bertemu lagi Ramadhan yang mulia, bulan yang penuh keberkatan, yang penuh keampunan dari Allah swt yang diberi kepada kita, umat Junjungan Nabi Muhammad S.A.W..

Sempena bulan Ramadhan ini, Pusat Islam UTM akan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi kita mempelbagaikan lagi amal ibadah kita.. Antara program yang JKSK akan berkerjasama dgn Pusat Islam ialah Iftar @ Majlis Berbuka Puasa..

Iftar ini akan berjalan sehingga akhir Ramadhan..termasuk juga bersahur pada setiap hujung minggu dan 10 malam terakhir bagi mereka yang berqiamulail di Masjid..

Oleh itu, JKSK bersama Rakan Masjid diamanahkan untuk turut sama membantu dalam menyediakan persiapan berbuka dan bersahur setiap hari di bulan Ramadhan..untuk Muslimat, setiap penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada Ukhti Fadilah di nombor 013-9691715 dan untuk Muslimin, penyertaan boleh dimaklumkan kepada Akh Hazwan di 013-7976936..Makluman, makanan berbuka puasa yg disediakan di Masjid adalah percuma..

Saya mewakili Majlis Tertinggi JKSK ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Mengerjakan Ibadah yang dijanjikan pahala yang berganda di bulan mulia ini..Wasalam


"Oh you who believed! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that you may learn piety and rightousness" (Al-Baqarah, 2: 183)

Tuesday, August 18, 2009

Dari Pena Setiusaha I

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . Dia yang menguasai segala yang di langit dan segala yang di bumi serta padaNya disandarkan setiap sesuatu, Maha Suci Dia Tuhan Yang Maha Esa. Alhamdulillah bersyukur ke hadratNya kerana dengan izinNya masih peluang untuk melaksanakan segala amanahNya sebelum nikmat kehidupan itu diambil kembali.
Saat artikel ini disiapkan, selang beberapa detik sahaja umat Islam akan menyambut sebuah bulan yang hadir bersamanya rahmat dan di dalamnya terkumpul segala hikmah dari Yang Maha Pemurah iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang diwajibkan berpuasa kepada setiap indvidu muslim walau di pelusuk mana berada sebagaimana firmanNya dalam surah al Baqarah, ayat 183 yang bermaksud :
Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa (Ramadhan), sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
Ramadhan adalah sebuah madrasah yang mengajar manusia itu erti sabar, syukur, bertolak ansur dan menambahkan ketaqwaan seorang muslim pada sang Khaliqnya. Ramadhan juga menggesa manusia mempersiapkan diri dengan kelengkapan yang sesempurna mungkin sebelum kaki melangkah masuk ke bulan yang dijanjikan Allah dengan pelbagai ganjaran lumayan kerana bimbang diri akan tewas di medan petempuran atau terkandas di pertengahan dek godaan hawa nafsu manusia itu sendiri .
Bahkan, perlu disedari Ramadhan bukan sahaja bulan untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari tetapi bulan untuk menahan diri dari menghampiri apatah lagi melakukan maksiat. Ramadhan juga adalah sebuah bulan untuk manusia itu berlumba – lumba melakukan ibadah tidak kira siang atau malam . Bulan yang ditawarkan dengan ganjaran yang berlipat ganda dari bulan yang lain bagi setiap ibadah yang dilakukan . Selain itu, di dalam bulan ini terkandung satu ibadah yang tidak terdapat dalam bulan selainnya iaitu solat terawih .
Ramadhan juga bulan yang dijanjikan di awalnya rahmat, pertengahan maghfirah (keampunan) dan di
akhirnya pembebasan daripada api neraka. Malahan dalam bulan ini telah disediakan Allah satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan dan pada malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan
seluruhnya sampai terbit fajar. Di malam itu, para malaikat –termasuk malaikat Jibril mengucapkan
salam kepada orang-orang beriman.Bahkan pada malam itu juga Al – Quran telah diturunkan.
Sebagaimana firman Allah dalam surah al –Qadr, ayat 1 -5 yang bermaksud :
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Al-Quran ) pada malam Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan . Pada malam itu turun malaikat dan ruh (Jibril ) untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) hingga terbit fajar.
Tidak terhitung banyaknya ganjaran yang dijanjikan Allah kepada hambaNya pada bulan Ramadhan . Seandainya sahabat Rasulullah tidak sabar – sabar untuk menanti kehadiran Ramadhan dan menangisi pemergian bulan tersebut seharusnya begitu juga kita dan sekiranya saat anda membaca artikel ini anda berada dalam bulan Ramadhan bersyukurlah anda kerana masih diberi peluang walhal ada saudara kita yang telah dijemput untuk kembali padaNya sebelum sempat merasai dan meraih segala hikmah dan ganjaran pada Ramadahan pada kali ini.
Akhir kalam, berazamlah pada diri untuk menempuhi bulan Ramadhan yang penuh berkah ini dengan keimanan dan kesungguhan beribadah kepadaNya, sebagaimana sabda kekasihNya :
Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa yang telah lalu.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya , raihlah sebanyak mungkin ganjaran yang tersedia dan semoga madrasah Ramadhan yang dibina dengan rasa penuh kecintaan dan ketaqwaan pada Allah akan menjadikan kita istiqamah hingga ke akhir usia . Selain itu, berdoalah agar kita akan diberikan peluang untuk menempuhi Ramadhan pada kali ini hingga ke hujungnya . Wallahhua’lam.